Monday, December 11, 2006

Teknik melambatkan ejakulasi

Alternatif pertama- mengguna ubatan tertentu...(atas nasihat doktor)Alternatif kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi seperti cara-cara berikut.

1. Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah gerakan turun-naik secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.

2. Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai masanya air mani dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan serius sewaktu pejabat. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar,dan apabila ini berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang balik zakar.

3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air-mani akan melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras. Perlu diketahui bahawa mani itu mudah keluar kalau keadaan zakar adalah tidak cukup keras. dgn menahan nafas...menyebabkan tekanan dlm rongga abdomen dan toraks menjadi tinggi dan ini menghalang pancutan air mani.

Alternatif ketiga adalah dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh. Dengan demikian rasa pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu merangsang. Walaubagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik dari pihak suami mahupun isteri.

Alternatif keempat ialah melakukan latihan-latihan guna menguatkan dan mengetatkan otot-otot pada dubur dan pada otot-otot yang membentang dari dubur sampai ke scrotum lelaki.(senaman Kegel)

Alternatif kelima pula merupakan mengambil posisi duduk atau posisi lelaki di bawah dan dan perempuan di atas. Kedua teknik di atas memungkin tekanan pada kelentit yang merupakan pusat rangsangan yang dapat dikemudikan oleh pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita mencapai orgasme.
(dipetik dari artikel oleh Dr. Ismail Tambi)

No comments: