Wednesday, December 06, 2006

Petua kasih sayang suami dan isteri

PETUA MENGASIHI SUAMI
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yangmenarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Janganlupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila diamahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil beratmengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami andabermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda.Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain.Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masaanda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda.Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami andamembantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk danmendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suamianda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandibersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanyakaulah satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun andahendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akanmerasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutamasekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlupun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda andabenar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah iadengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyakperceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang fahamdengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan danbanyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa maluuntuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seoranglelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akanmembuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan diabersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidakdihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinankasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untukmerawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suamianda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan andapula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudahberkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya inginsenang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapatdi baca apabila umurnya 40 an.
17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya.Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuahkeluarga.
18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda denganbaik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepadaisteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidakmelakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya ygpaling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.
PETUA MENGASIHI ISTERI.....
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahusesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isterimencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombortelefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamatsampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba inginmenukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi,jam atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagihubungan kasih sayang dengan isteri.

No comments: