Tuesday, November 04, 2008

MATI PUCUK LELAKI MENDERITA DALAM DIAM

PADA 1994, kajian ke atas lelaki berumur di Massachusetts mendapati bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan. Ia juga berlaku di kalangan pemuda berusia 20-an dan 30-an. Manakala, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun. Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut.

Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.

Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan 'kejantanan' lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.

"Lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin perlu mengambil langkah permulaan untuk mengetahui bahawa mereka tidak perlu menderita dalam diam. Walaupun, ia merupakan penyakit serius tetapi boleh diubati. Lebih baik menemui pakar urologi atau sakit tuan jika terdapat tanda awal masalah tersebut agar dapat dirawat segera," kata Pendaftar Perbidanan Pusat Rawatan Islam, Dr Mohd Daud Yahya.

Kebanyakan orang merujuk penyakit ini sebagai mati pucuk mungkin disebabkan anggapan negatif yang tertanam di benak mereka sejak sekian lama. Justeru kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan doktor. Sesetengahnya pula bimbang bahawa ujian yang dijalankan untuk mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan jika mereka mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan.

"Sebahagian besar pesakit di Asia, merangkumi 47peratus cuba mendapatkan rawatan sendiri melalui perubatan tradisional seperti berurut, minum air tongkat Ali, memakan ikan linang, serbuk badak sumbu dan ubat-ubat tradisional lain. Cara-cara tradisional boleh juga membantu tetapi fungsinya tidak sama. Urutan boleh membantu daya keteganan apabila bekalan darah dapat mengalir ke buah zakar tetapi urutan tidak meningkatkan libido (ghairah seks). Sebaliknya, amalan memakan ubat-ubat tradisional boleh meningkatkan libido tetapi bukan untuk ketegangan.

Untuk mendapatkan kepuasan seks, libido dan ketegangan perlu jalan seiring. Dianggarkan 3 8 peratus pesakit menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum meminta bantuan doktor sementara dua pertiga lagi menunggu sehingga 12 bulan, ielas Dr Daud.

Mengapa mati pucuk berlaku?

*

Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.
*

"Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.
*

"Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis berbilang, penyakit alzemir (angin ahmar) dan trauma akibat kecederaan pelvik atau tulang belakang. Pembedahan khususnya penyakit prostat dan terafi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser gastrik dan barah," katanya.
*

Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Pakar Urologi merangkap Presiden Persatuan Penyelidikan Lemah Tenaga Batin bagi Asia Pasifik (APSIR), Dr Tan Hui Meng, yang mengatakan bahawa sebelum ini masalah lemah tenaga batin dianggap berlaku akibat masalah psikologi. Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima lelaki yang menderitai masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal. Penyebab utama lemah tenaga batin biasanya berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung dan masalah hati.
*

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer berkaitan rawatan lemah tenaga batin di Asia, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan (hypertension), 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidap diabetes jenis 11, sembilan peratus menghidap penyakit vaskular, sembilan peratus menghidap diabetes jenis 1, sembilan peratus menghidap keadaan psikitrik, tujuh peratus menghidap trauma pelvik dan dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang.
*

"Kurangnya komunikasi antara pasangan dan pakar penjagaan kesihatan lambat laun boleh membawa kesan negatif. Masalah lemah tenaga batin boleh menjejaskan perhubungan suami isteri. lika isteri mengetahui bahawa suaminya menghadapi penyakit tersebut, dia boleh-membantu dengan menggalakkan suaminya membicarakan perkara tersebut secara terbuka. Ketika inilah peranan pasangan penting dalam membantu merawat masalah lemah tenaga batin," tegas beliau sambil menekankan pengorbanan dan pemahaman isteri amat dituntut demi kesejahteraan rumah tangga.
*

Sambung Dr Daud, faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut.

Rawatan

Amalan perubatan asas termasuk sejarah perubatan dan seksual, pemeriksaan fizikal yang ringkas dan mengukur tekanan darah adalah perkara biasa yang perlu dilakukan oleh doktor ke atas pesakit lemah tenaga batin. Inventori kesihatan seksual untuk lelaki merupakan satu kaji selidik lima soalan diagnostik mudah yang baru bagi memastikan wujud komunikasi di antara profesional perubatan dengan pesakit bagi membantu memastikan diagnosa yang tepat. Ujian makmal yang menilai darah dan air kencing membantu mengenal pasti sebarang penyebab dari segi perubatan yang memerlukan rawatan.

1. "Terdapat beberapa pilihan yang kini tersedia untuk merawat masalah lemah tenaga batin. Ini termasuk alat mekanikal (contohnya pam vakum dan protesis zakar yang ditanam), pembedahan untuk membetulkan masalah pengalitan, suntikan yang boleh dilakukan sendiri atas nasihat pakar dan pengubatan biasa. lika didapati penyebab fizikal bukan punca lemah tenaga batin, kaunseling dan psikoterapi boleh membantu meredakan masalah. Biasanya, bagi lelaki yang mengalaminya akibat fizikal dan psikologi, gabungan kaunseling dan rawatan lain diperlukan.
2. "Satu lagi cara rawatan terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah pil Viagra. Cuma, Kementerian Kesihatan masih belum meluluskannya. Saya tidak fikir ia akan diluluskan dalam jangka waktu yang singkat walaupun kelihatannya kaum lelaki terdesak mencarinya. Lapan belas bulan adalah jangka masa kajian ke atas produk. Kelulusan mungkin mengambil lebih daripada dua tahun. Barangkali lima tahun. Berita ini tentulah tidak menggembirakan bagi lelaki yang sudah bertabun-tahun mengalami masalah lemah tenaga batin. Mungkin ada yang pergi sendiri ke Amerika semata-mata mahu membeli Viagra kerana ia mudah didapati di farmasi-farmasi di sana.
3. "Biasalah, benda baru selalunya mendapat sambutan hebat. Tetapi awas, Viagra bukan untuk sembarangan orang. Ia tidak digalakkan untuk orang muda sebaliknya untuk mereka yang berusia 40 tabun ke atas. Pengambilannya pula mestilah melalui pemeriksaan dan nasihat doktor kerana kesan-kesan sampingan seperti buta warna, tekanan darah rendah, sakit kepala, ketidakselesaan, bintik-bintik merah di badan dan sebagainya boleh memberikan kondisi yang buruk. Lebih bahaya jika penghidapnya pula menghidapi penyakit-penyakit lain khususnya sakit jantung yang memang kita tahu pesakit lemah tenaga batin memang mempunyai penyakit lain," tegasnya bersungguh-sungguh.
4.

"Kalaupun ia diluluskan nanti, kementerian harus lebih tegas dan berhati-hati. Pada pandangan peribadi saya, Viagra tidak sesuai dijual secara terbuka seperti di pasar raya atau di farmasi. Lagipun, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluarnya, Pfizer New York, Viagra bertujuan untuk menegangkan buah zakar bukannya meningkatkan libido. Saya khuatir, mereka vang tidak mengalami masalah ketegangan buah zakar tidak faham tentang fungsi viagra dan cuba-cuba mengambilnya untuk tujuan lain seperti untuk memanjangkan daya seks sedangkan kesannya lebih bahaya. Ia hanya boleh dimakan sekali sehari. Lebih-lebih lagi orang muda yang selalunya suka mencuba benda-benda yang baru," katanya lagi.
5.

Tambahnya, Viagra bukanlah menandakan satu kejayaan besar dalam dunia perubatan. Ia cuma salah satu antara penemuan-penemuan baru dalam memberikan alternatif lain kepada penghidap lemah tenaga batin. Tambahan pula Viagra tidak memulihkan terus pesakit daripada masalah lemah tenaga batin. Fungsinya hanya untuk menegangkan buah zakar sewaktu hendak melakukan hubungan seksual dan perlu dimakan sejam sebelum itu. Itupun tidak semua lelaki menerima kesan yang sama. Malah, jangka lama ketegangan juga tidak dijamin. lika ada ubat yang boleh berfungsi serentak iaitu menegangkan buah zakar sekali gus merangsangkan keghairahan seks barulah ia boleh dianggap kejayaan dalam bidang rawatan lemah tenaga batin Ini kerana rawatan-rawatan yang ada sekarang termasuklah Viagra hanya mempunyai satu fungsi sahaja. Justeru nasihat beliau agar lelaki tidak begitu ghairah menerima kehadiran viagra.

Penjagaan Rapi Bagi Kehamilan Berisiko

Hampir semua kehamilan adalah normal dan melalui proses biasa. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa keadaan yang membuatkan doktor anda berpendapat ia berisiko ke atas bayi dan anda yang perlu ditangani. Ini kerana anda mempunyai masalah kesihatan atau mungkin hamil anak kembar. Kadangkala simtom berkembang dan memberi petanda kepada doktor bahawa anda memerlukan penjagaan khusus.

1. Anemia
Kebanyakan wanita mengatami sedikit anemia sebelum mereka hamil dan ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi. Keadaan ini perlu diatasi bagi memenuhi keperluan kehamilan dan pendarahan semasa bersalin kelak.

Rawatan
Cegah anemia dengan mengambil makanan diet yang pelbagai, dengan makanan yang kaya dengan zat besi. Jika ujian darah menunjukkan anda mengalami anemia, doktor akan memberi kan zat besi tambahan. Ambil tablet selepas makan bersama air yang banyak kerana ia boleh menyebabkan radang pada perut dan sembelit, cirit-birit atau muntah. Makanan yang kaya zat besi seperti bayam, hati dan daging merah boleh mengatasi masalah ini.


2. Kencing Manis (Diabetes)
Kencing manis mesti diawasi dengan berhati-hati semasa anda hamil dan tahap gula di dalam darah perlu diperhatikan dengan kerap.

Rawatan
Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah, doktor boleh menyesuaikan pengambilan insulin bagi anda yang sedang hamil. Anda memerlukan perhatian khusus dalam diet. Anda juga perlu kerap ke klinik antenatal. Sesetengah wanita mendapati penyakit ini timbul pada awal kehamilan. Ia biasanya hilang sebaik sahaja selepas bersalin.


3. Rahim Tidak Kuat
Dalam kehamilan biasa, serviks atau leher rahim masih tertutup sehingga bayi dilahirkan. Tetapi jika keguguran kerap berlaku selepas tiga bulan kehamilan, ini mungkin disebabkan oleh leher rahim yang lemah dan terbuka lalu mengeluarkan bayi.

Rawatan
Doktor mungkin mencadangkan pembedahan kecil bagi menutup semula serviks pada awal kehamilan. Jahitan ini akan dibuka semula pada hujung kehamilan, atau bila hampir bersalin.


4. Pra-eklampsia
Ini adalah salah satu masalah biasa pada hujung kehamilan. Simtom-simtomnya ialah apabila tekanan darah meningkat lebih 140/90, berat badan yang meningkat mendadak, bengkak buku lali, kaki dan tangan dan terdapat protein dalam air kencing. Jika anda mempunyai simtom-simtom ini, doktor akan memerhatikan anda dengan lebih teliti. Sekiranya tekanan darah yang meningkat tidak dirawati, ia boleh menyebabkan bahaya pada uri.

Rawatan
Doktor anda akan menasihatkan anda berehat. Bagi menurunkan tekanan darah, anda boleh mengambil ubat atau mengurangkan kandungan garam dalam makanan. Jika keadaan tidak berubah dan serius, anda akan dimasukkan ke hospital walaupun anda merasakan cukup sihat. Anda mungkin bersalin secara induksi (induce).


5. Faktor Rhesus Negatif
Darah anda akan diuji semasa lawatan pertama ke klinik bagi menentukan sama ada anda mempunyai faktor rhesus positif atau negatif. Kira-kira 15 peratus orang mengalami rhesus negatif dan jika anda salah seorang daripadanya, anda akan mengalami masalah ketika hamil jika anda melahirkan bayi rhesus positif. Ini bermakna kumpulan darah anda tidak sama. Bagaimanapun ini tidak mendatangkan bahaya kepada bayi pertama. Biasanya anda akan menghadapi masalah pada kehamilan seterusnya.

Rawatan
Jika bayi pertama ande rhesus positif manakala anda pula rhesus negatif, anda akan diberikan vaksin perlindungan yang dikenali sebagai anti D sebaik sahaja selepas kelahiran. Ini akan mencegah masalah apabila anda hamil kelak. Vaksinasi ini mungkin diberikan semasa hamil di sesetengah hospital.


6. Keguguran
Keguguran adalah penamat kehamilan dan ini boleh berlaku satu dalam lima kehamilan. Kebanyakan keguguran berlaku dalam minggu ke 12, kerap berlaku sebelum seseorang wanita itu tahu dia hamil, biasanya kerana bayi tersebut tidak berkembang secara normal. Pendarahan dari vagina adalah tanda awal.

Rawatan keguguran
Jika pendarahan hanya berlaku sedikit, kehamilan boleh diselamatkan. Doktor anda akan mencadangkan anda banyak berehat, pendarahan mungkin terhenti dan jika anda berehat beberapa hari, kehamilan akan berlangsung seperti biasa. Tiada risiko kelainan kepada bayi. Anda akan diberikan ujian kehamilan atau ultra sound bagi memastikan bayi selamat.

Gugur asli.
Jika pendarahan berlaku dengan banyak dan anda dalam kesakitan, ini mungkin bermakna bayi telah mati. Anda perlu ke hospital bagi membersihkan semula rahim. Disebabkan anda kehilangan bayi semasa awal kehamilan, anda mungkin akan rasa tertekan. Anda juga mungkin bimbang sama ada anda boleh melahirkan bayi yang sihat lagi, rasa bersalah dan menyalahkan diri sendiri.


7. Pendarahan Vagina
Jika anda mendapati terdapat pendarahan dari vagina pada sebarang masa kehamilan, hubungi doktor dan berbaring segera di atas katil. Jika ini berlaku sebelum minggu ke-28, ini mungkin tanda keguguran. Selepas tempoh ini, ia bermaksud uri mengalami pendarahan. Ini boleh berlaku jika uri mula renggang dari dinding rahim atau jika uri terlalu rendah di dalam rahim dan tertutup atau menutupi separuh serviks.

Rawatan
Uri adalah garis hidup bayi. Jadi jika doktor fikir terdapat risiko anda akan dimasukkan terus ke hospital, di mana kedudukan uri boleh diperiksa. Anda perlu tinggal di dalam hospital sehingga bersalin. Jika anda kehilangan darah, anda perlu menjalani pemindahan darah dan bayi mungkin dilahirkan lebih awal melalui induksi atau pembedahan cesaerean. Jika pendarahan terlalu sedikit dan berlaku beberapa minggu sebelum kelahiran, doktor mungkin memutuskan anda bersalin secara semulajadi tetapi dalam pemerhatian yang rapi.


8. Kembar
Proses kehamilan dan bersalin akan mengalami perkembangan yang normal walaupun anda akan mengalami dua tahap bersalin. Anda mungkin mengalami komplikasi seperti anemia, pra-eklampsia atau songsang. Anda juga mungkin mengalami masalah-masalah kehamilan yang biasa dengan lebih teruk, terutama dalam bulan-bulan terakhir.

Rawatan
Lawatan tetap ke klinik antenatal perlu kerap jika anda hamil kembar, agar sebarang komplikasi boleh dikenalpasti dengan segera. Kehamilan lebih dari satu membebankan tubuh anda lebih dari biasa, jadi pastikan keadaan badan anda sentiasa dalam keadaan sihat terutamanya dalam minggu-minggu terakhir. Bagi mengelakkan masalah pada penghadaman anda, makanlah dalam jumlah yang sedikit dan segar.

Wanita Haid Tidak Teratur Boleh Hamil

Sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil dengan spontan tanpa bantuan perubatan.

Kebiasaannya, anggapan masalah ketidaksuburan terhadap seseorang wanita itu berlaku apabila dia sudah berkahwin dan melakukan hubungan seksual yang biasa (yakni sekurang-kurangnya empat atau empat kali seminggu tanpa halangan - kondom dan sebagainya) selama setahun tetapi tidak hamil.

Rawatan kesuburan harus dilakukan setelah pasangan menjalankan beberapa siasatan perubatan tertentu iaitu:

* HSA (husband seminal analysis): analisis air mani suami - melihat kualiti dan kuantiti sperma suami secara mikroskopik
* Ujian hormon wanita - FSH (follicle stimulating hormone), LH (luthenising hormone) dan Prolaktin. Keseimbangan hormon FSH:LH menunjukkan sama ada terdapat rangsangan atau tiada ovulasi terhadap ovari. Tahap Prolaktin tinggi menandakan rangsangan daripada kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
* Ujian hormon progresteron ini akan dirembeskan pada hari ke 21 yang menandakan sama ada wanita telah mengeluarkan telur.
* Adakala dilakukan juga ujian hormon tiroid, MGTT (mod glucose tolerance test) untuk memastikan tiada masalah tiroid atau kencing manis.

Ubat kesuburan tidak harus diberi kepada pesakit tanpa rawatan susulan kerana pada hari kitaran haid ke 10 hingga 12, harus dilihat sama ada kilang ovari terangsang. Pengambilan ubatan jenis 'clomiphene' boleh menyebabkan rangsangan yang terlebih (hyperstimulation) sehingga boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit.

Pengambilan clomiphene tanpa pengawasan dalam jangka masa yang lama juga akan meninggikan risiko barah ovari terhadap pengambilan clomiphene. Oleh itu, dinasihatkan wanita yang baru berumahtangga supaya mencuba secara biasa terlebih dulu untuk hamil. Jika terdapat tanda-tanda awal mengandung seperti mual, muntah, kesakitan pada payu dara, berjumpalah doktor untuk ujian air kencing menentukan hamil (UPT - urine pregnancy test) dan imbasan ultrasound.

Penyakit kelamin Chlamydia

Penyakit kelamin Chlamydia merupakan penyakit sebaran seksual yang paling biasa berlaku. Ianya disebabkan oleh Chlamydia trachomatis, sejenis bakterium yang mampu merosakkan organ peranakan wanita. Disebabkan simptom chlamydia adalah serdahana atau tidak kelihatan, jangkitan teruk yang mampu menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, termasuk menjadi mandul, boleh berlaku secara "senyap" sebelum anda sedari.

Chlamydia boleh berjangkit semasa hubungan seks faraj, dubur ataupun mulut. Penyakit ini juga boleh tersebar daripada ibu yang berjangkit kepada bayi yang baru lahir semasa kelahiran melalui saluran peranakan.

Sekitar 3 juta jangkitan chlamydia baru dianggarkan berlaku di Amerika Syarikat setiap tahun. Ianya merupakan jangkitan penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria yang paling biasa dilapurkan di Amerika Syarikat dan dipercayai lebih rendah daripada yang sebenar. Lebih kurang 650,000 kes dilapurkan pada tahun 1999, tiga suku daripadanya oleh mereka yang berusia bawah 25 tahun. Malah, pada usia 30 tahun, 50% daripada wanita yang aktif secara seksual terbukti pernah mengidap chlamydia.

Chlamydia dikenali sebagai penyakit "senyap" disebabkan sehingga 75% daripada pesakit wanita dan sehingga 50% daripada pesakit lelaki tidak menunjukkan simptom. Jangkitan ini seringkali tidak dikenalpasti atau dirawat sehingga timbul masaalah. Pada wanita, bakteria pada awalnya menyerang pangkal rahim (servik - bukaan kepada uterus) dan urethra atau saluran kencing. Sebilangan kecil wanita mengalami simptom lendiran faraj luar biasa atau rasa terbakar selepas kencing. Apabila jangkitan melarat sehingga tiub fallopian, sesetengah wanita masih tidak mempunyai simptom; sesetengah yang lain mengalami sakit bahagian bawah (lower abdominal), sakit bahagian belakang bawah, mual, demam, sakit semasa berjimak, dan pendarahan antara tempoh haid. Sekiranya jangkitan melarat melepasi pangkal rahim, kerosakan kekal yang tidak dapat dipulihkan boleh berlaku. Sekiranya terdapat simptom, ia biasanya selepas 1 hingga 3 minggu selepas jangkitan.

Chlamydia biasanya dikesan melalui dua jenis ujian makmal. Satu darinya membabitkan mengambil contoh daripada kawasan jangkitan (contoh., pangkal rahim) untuk mengesan bakterium secara langsung. Ujian lain yang terbaru boleh mengesan bakteria Chlamydia dengan tepat dalam contoh air kencing. (Ujian lumuran Pap tidak menguji kehadiran chlamydia!)

Wanita dan lelaki yang aktif secara seksual terdedah kepada jangkitan ketika hubungan kelamin dengan mereka yang berjangkit. Lebih ramai pasangan seks yang berhubung, lebih tinggi risikonya. Ibu yang mengandung boleh menjangkiti chlamydial kepada anaknya.

Chlamydial boleh dirawat dan sembuh dengan mudah dengan menggunakan antibiotik. Satu dos azithromycin atau 1 minggu rawatan doxycycline (dua kali sehari) biasanya paling kerap diberikan-dan kesemua pasangan seks perlu dirawat serentak. Bagaimanapun malu atau kejahilan menjadikan ia sukar dikesan dan lambat dirawat.

Bagaimana mengelak jangkitan chlamydial

Penyakit kelamin Chlamydia boleh dielakkan dengan mengamalkan tabiat seksual yang selamat dan mendapatkan rawatan kesihatan yang baik.

(1) Guna kondom dengan sempurna setiap kali mengadakan hubungan kelamin, ingat bahawa kaedaan mengawal kehamilan seperti pil sahaja tidak melindungi daripada jangkitan penyakit kelamin. Ambil iktibar juga bahawa kondom tidak melindungi anda sepenuhnya daripada semua penyakit kelamin;

(2) Hadkan pasangan seksual, dan jangan bertukar pasangan;

(3) Jalani saringan chlamydia secara tahunan sekiranya anda aktif secara seksual dan tidak menggunakan kondom dengan betul sepenuhnya. Kesemua wanita yang mengandung perlu menjalani saringan chlamydia bagi mengelak ianya tersebar kepada bayi anda.;

(4) Jika anda percaya anda dijangkiti, elakkan hubungan kelamin dan dapatkan rawatan dengan segera;

(5) Jika anda diberitahu anda dijangkiti, hubungi dan beritahu kesemua pasangan seksual anda dengan segera. Kesemua pasangan perlu dirawat secara serentak agar rawatan berkesan. Kegagalan mendapatkan rawatan membolehkan penyakit kelamin Chlamydia berjangkit semula dan mampu memandulkan pasangan lelaki atau wanita.

Berumahtangga mengikut syariat

ISLAM agama yang menjamin kesejahteraan kepada manusia dunia dan
akhirat.

Dalam memilih pasangan, Islam turut memberikan garis panduan supaya
rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan
keharmonian.


Justeru, Islam menasihati umatnya memilih pasangan yang sesuai supaya
kebahagiaan dan ketenangan diidamkan men jadi kenyataan di alam rumah
tangga.

Antaranya, memilih calon pasangan berdasarkan agama, taat dan berakhlak
dengan keperibadian Islam.

Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi
melarat, bertambah kusut, dihambur ka ta-kata kesat dan diungkit
segalanya, sehingga kemanisan menjadi pudar, berganti dengan kebencian.

Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin
berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Perempuan dikahwini atas empat
perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya.
Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah."
(Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)

Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya menyegerakan
perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama
dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak.

Sabda baginda bermaksud: "Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh
menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini
anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu
fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan
yang berleluasa."

Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi
beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan
akidah, tidak bertakwa dan tiada kesedaran.

Pasangan suami isteri yang ideal juga bermula dengan keturunan yang
baik-baik dan kerana itu Islam menasihati umatnya memberikan keutamaan
kepada keturunan yang baik.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jangan dekati tum buhan hijau di
tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa
dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh
kejahatan serta keburukan." (Riwayat ad-Dar al-Qutni, al-As kari dan
Ibnu 'Adi)

Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang gadis yang menawan, rupa
yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan seseorang tidak
berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan Rasulullah
secara berkias itu.

Calon pasangan suami isteri juga seeloknya bukan daripada kaum kerabat
keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau
kecacatan disebabkan ke turunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Janganlah menikah dengan kaum
kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah
tubuh badannya dan tidak cerdik."

Sabda Baginda lagi: "Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai
tali persaudaraan) dan janganlah me ngahwini kaum kerabat sendiri supaya
boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat."

Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih
dara.

Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada penilaian lain pada
suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan bekas suaminya
yang dulu.

Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi, maksudnya:
"Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik,
lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak),
kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit."

Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih pasangan.

Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan adik-
beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli
keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.

Dalam hubungan ini ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w
bermaksud: "Wahai Rasulullah saya jatuh cinta dengan seorang perempuan
yang berketurunan baik, berkedudukan dan kaya, cuma dia tidak boleh
beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus Rasulullah s.a.w
melarangnya.

Kemudian lelaki itu datang dan bertanya kepada Rasulullah kali kedua.
Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama.

Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga. Lalu Rasulullah menjawab
dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim:
"Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat
lemah lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu
terhadap umat yang ramai."