Tuesday, November 04, 2008

Berumahtangga mengikut syariat

ISLAM agama yang menjamin kesejahteraan kepada manusia dunia dan
akhirat.

Dalam memilih pasangan, Islam turut memberikan garis panduan supaya
rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan
keharmonian.


Justeru, Islam menasihati umatnya memilih pasangan yang sesuai supaya
kebahagiaan dan ketenangan diidamkan men jadi kenyataan di alam rumah
tangga.

Antaranya, memilih calon pasangan berdasarkan agama, taat dan berakhlak
dengan keperibadian Islam.

Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi
melarat, bertambah kusut, dihambur ka ta-kata kesat dan diungkit
segalanya, sehingga kemanisan menjadi pudar, berganti dengan kebencian.

Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin
berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Perempuan dikahwini atas empat
perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya.
Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah."
(Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)

Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya menyegerakan
perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama
dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak.

Sabda baginda bermaksud: "Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh
menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini
anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu
fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan
yang berleluasa."

Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi
beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan
akidah, tidak bertakwa dan tiada kesedaran.

Pasangan suami isteri yang ideal juga bermula dengan keturunan yang
baik-baik dan kerana itu Islam menasihati umatnya memberikan keutamaan
kepada keturunan yang baik.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jangan dekati tum buhan hijau di
tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa
dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh
kejahatan serta keburukan." (Riwayat ad-Dar al-Qutni, al-As kari dan
Ibnu 'Adi)

Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang gadis yang menawan, rupa
yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan seseorang tidak
berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan Rasulullah
secara berkias itu.

Calon pasangan suami isteri juga seeloknya bukan daripada kaum kerabat
keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau
kecacatan disebabkan ke turunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Janganlah menikah dengan kaum
kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah
tubuh badannya dan tidak cerdik."

Sabda Baginda lagi: "Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai
tali persaudaraan) dan janganlah me ngahwini kaum kerabat sendiri supaya
boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat."

Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih
dara.

Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada penilaian lain pada
suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan bekas suaminya
yang dulu.

Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi, maksudnya:
"Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik,
lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak),
kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit."

Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih pasangan.

Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan adik-
beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli
keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.

Dalam hubungan ini ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w
bermaksud: "Wahai Rasulullah saya jatuh cinta dengan seorang perempuan
yang berketurunan baik, berkedudukan dan kaya, cuma dia tidak boleh
beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus Rasulullah s.a.w
melarangnya.

Kemudian lelaki itu datang dan bertanya kepada Rasulullah kali kedua.
Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama.

Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga. Lalu Rasulullah menjawab
dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim:
"Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat
lemah lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu
terhadap umat yang ramai."

No comments: