Monday, February 11, 2008

Harian metro : Waspada kopi kuat

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Adakah kopi segera terutama `kopi kuat’ yang berada di pasaran sekarang selamat?

Ini adalah persoalan yang dikemukakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan lambakan kopi campuran segera di pasaran sekarang.

Presidennya, S M Mohamed Idris, berkata selepas pembongkaran mengenai `kopi maut’ oleh media massa baru-baru ini, timbul persoalan mengenai kandungan di dalam kopi campuran segera yang lain.

“Kopi maut yang sudah ditarik balik daripada pasaran disahkan mengandungi Sildenafil yang ia adalah preskripsi perubatan dan hanya doktor bertauliah saja yang boleh memberikannya kepada pesakit.

“Sildenafil yang diambil tanpa kawalan dan nasihat pakar perubatan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan pendengaran, degupan jantung yang tidak terkawal selain kematian secara mengejut,” katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP, pagi semalam.

Yang membimbangkan, katanya, ialah siasatan dan tinjauan CAP mendapati banyak kopi campuran segera di pasaran sekarang dengan sesetengahnya menunjukkan label jelas kandungannya seperti `tongkat ali’ dan `kacip fatimah’ tetapi sesetengah hanya menunjukkan herba terpilih.

“Apa herba itu atau adakah ia Sildenafil dan ini yang perlu disiasat pihak berkuasa negara ini,” katanya.

Apabila ditanya mengapa hanya label kopi campuran segera tertentu ditunjukkan kepada media pada sidang akhbar berkenaan, Mohamed berkata CAP bukannya mempunyai agenda untuk menjatuhkan mana-mana syarikat.

Malah, beliau mengesahkan semua label kopi campuran segera yang ditunjukkan itu tidak bersalah tetapi ia hanya sebagai contoh produk yang berada di pasaran sekarang.

Ditanya tidakkah tindakan itu tidak adil bagi label kopi campuran segera berkenaan sekiranya orang ramai tersalah tafsir yang kopi terbabit memudaratkan, Mohamed berkata, beliau berharap perkara itu tidak akan berlaku.

“Kita akan menghantar satu senarai nama kopi campuran segera untuk dianalisis KKM. Kita berharap keputusan ujian dapat disebarkan kepada orang ramai dengan segera.

“Kebimbangan utama CAP ialah adakah kopi ini sesuai untuk herba dicampurkan dengan kopi,” katanya.

“Kita tidak mahu perkara buruk berlaku terutama kopi campuran segera sekarang mendapat sambutan yang cukup hebat termasuk daripada orang muda,” katanya

Awasi Minuman/Ubatan Anda

Tahukah Anda bahawa Sildenafil yang terdapat dalam Viagra merupakan sejenis racun berjadual. Memang benar Viagra adalah solusi kepada masalah ED (mati pucuk) yang paling cepat. Tetapi Sildenafil juga merupakan bahan yang mempercepatkan komplikasi kesihatan yang boleh mengakibatkan kematian jika pengambilnya mempunyai penyakit kronik.

Antara tanda tanda yang menunjukkan kemungkinan sesuatu produk telah dicampur dengan Sildenafil ialah:


1. Sakit Kepala

2. Flushing/Muka kemerah merahan termasuk pada mata dan sebagainya.

3. Pernafasan yang bercelaru

4. Keradangan Bahagian Kencing

5. Kadar penglihatan yang berbeza dari biasa

6. Rasa seperti mabuk

7. Cirit Birit/Diarrhea

8. Ereksi tanpa ransangan (priapism)

Pada tahun 2005, US FDA telah dikejutkan dengan beberapa kes lelaki yang menggunakan bahan terlarang ini yang menerima akibatnya setelah beberapa lama - hilang penglihatan. Ia dipanggil non-arteritic anterior ischemic optic neuropathy (NAION) iaitu kehilangan penglihatan secara tiba tiba berikutan saraf penglihatan dihadang dengan pengaliran darah yang dirangsang oleh bahan terlarang.

Manakala baru baru ini di Kuala Lumpur, Malaysia setelah menerima aduan orang ramai - Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan telah menyerbu dua premis yang mengedarkan sejenis minuman dalam bentuk kopi. Setelah pemeriksaan dan ujian makmal, minuman tersebut didapati mengandungi Sildenafil yang memberi tanda tanda seperti diatas.

Pastikan anda dapat lakukan hubungan seksual dengan tidak menggunakan sebarang bahan terlarang yang pastinya memberkan kemudaratan. Lakukan dengan natural.

Kami tidak mahu mengulas panjang TETAPI kami berharap para pengguna sebarang ubat/minuman dapat membezakan yang mana satu kaca dan mana satu permata. Pastikan anda tidak terambil bahan bahan terlarang yang terbukti membahayakan kesihatan. Tiada bahan yang mampu memberi kesan dalam jangka masa 30minit ke 3 jam tanpa mengandungi bahan terlarang.

Juga jika anda dapati diri anda sudah memerlukan bahan bahan ini untuk melakukan hubungan nampaknya anda sudah menghampiri ke arah ED. Jadi perkara yang terbaik anda lakukan ialah dengan melakukan pemuliharaan dan penjagaan kesihatan dan juga mengamalkan gaya hidup sihat.

Senaman Yang Mampu Menyegarkan Keharmonian Rumah Tangga

Hubungan suami isteri yang segar ibarat tubuh badan kita juga yang perlukan senaman senaman yang sesuai. Bak kata orang tua tua badan sihat - minda cerdas; barulah hubungan suami isteri segar.

Nanti dulu, senaman yang dimaksudkan ini bukanlah senaman senaman yang berat yang mengakibatkan anda berpeluh, Mengikut kajian hanya beberapa kali seminggu anda perlu lakukan perkara yang tersenarai dibawah.

Senaman Pertama!

Sebelum meninggalkan pasangan anda setiap pagi, pelajari sesuatu perkara penting yang berlaku dalam dirinya hari tersebut. Ini akan secara tidak langsung menyelamatkan anda dan pasangan anda dari menjadi pasangan yang tidak dikenali.

Senaman Kedua.

Berbincang dengan pasangan anda tentang beban kerja yang berat dan menekankan. Ia akan menyelamatkan anda dan pasangan anda dari kecewa dengan masalah yang melimpah limpah. Apabila pasangan anda berbicara, jadilah pendengar yang baik. Sokong dan fahamilah isi kandungannya.

Senaman Ketiga.

Tunjukkan yang anda hargai pasangan anda bukan sahaja didalam kamar, bahkan diluar kamar. Pelukan, pimpinan dan juga panggilan yang mesra.

Senaman Keempat.


Pastikan anda dapat keluar bersama sama sekali dalam seminggu, macam masa muda muda dulu la.

Senaman Kelima.

Setiap waktu yang berkesempatan, ucapkan perkataan yang menunjukkan penghormatan dan penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah pasangan anda lakukan.

Senaman - Badan Sihat Minda Cergas Keluarga Bahagia.

Sunday, February 10, 2008

KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.


MORAL OF THE STORY: - PELUK LAH ISTERI SELALU

Monday, February 04, 2008

BERLUNAKLAH MENDIDIK ISTERI

DALAM kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah- marah, terus meninggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar. Kadang- kadang sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga
yang mencari hiburan diluar, semata-mata untuk menenangkan fikiran yang runsing itu. Malah
ada yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumah tidak pandai melayan, hanya suka marah-marah sahaja.

Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah.Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak
seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu. Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib mendidik isteri serta anak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup hanya sekali dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama.

Pada saat isteri sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah, dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah. Rasulullah SAW bersabda :

"Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita"


Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan. Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna. Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya. Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburu atau di saat sedang berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan peringatan yang baik.

Pernah berlaku wanita seramai 70 orang berkumpul di kediaman isteri Rasulullah SAW, semuanya mengeluh dan saling menyalahkan pelakuansuami masing-masing. Apabila perkara ini diketahui oleh Rasulullah SAW, baginda tidak terus marah malah tetap bersabar.
Baginda bertindak tidak akan menghampiri kesemua isterinya selama sebulan.

Tindakan itu baginda lakukan sebagai pendidikan kepada mereka. Tatkala itu baginda benar-benar pandai meletakkan kesabaran pada tempatnya dan menempatkan kemarahan pada tempatnya. Hasil daripada tindakan itu, kesemua isteri baginda bertaubat dengan
bersungguh-sungguh hati menyesali perbuatan mereka. Begitu didikan Rasulullah
yang sangat berkesan pada isteri-isteri baginda.

Begitu juga dengan para Sahabat, mereka mengambil sikap sabar apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan isteri mereka. Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu si sepan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya: "Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!"

Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, Khalifah Umar keluar
dan memanggilnya. Umar bertanya, "Apakah tujuan kedatanganmu?"Lelaki itu menjawab"Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia
sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat
kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul
Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku.
Kerananya aku lalu berfikir, "Kalau isteri Amirul Mukminin pun
seperti itu, apa lagilah isteriku."

Khalifah Umar menjawab: "Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadap diriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku, dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya.

"Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan
diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku!" Lelaki itu menyahut: "Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!" Khalifah Umar kemudian menasihatinya: "Saudara, bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja."


Jadi, para suami hendalah selalu bertolak ansur dan memberi kemaafan
sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan
rasa marah kerana marah adalah kunci kepada segala kebencian dan
pergaduhan. Tidak rugi kepada orang yang menahan rasa marahnya.Hadis
Rasulullah SAW :

" Ada tiga perkara yang jika ada antara kamu yang melakukannya Allah
berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta
memasukkannya ke dalam
Syurga-Nya. Iaitu orang yang jika yang diberi ia berterima kasih
(bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk ia memberi kemaafan dan
jika dalam keadaan marah ia dapat menahan dirAi."

Rasulullah SAW juga bersabda "Siapa yang sabar menghadapi perlakuan
buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang
diberikanNya kepada Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaan dan
sikap isterinya, manakala isteri yang sabar
menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan
pahala seperti
yang diberikanNya kepada Asiah, isteri Firaun."

Bagi para suami yang selau runsing memikirkan sikap isterinya yang
buruk itu, bersabarlah kerana ia akan mendapat ganjaran pahala yang
besar.
Namun, jangan dibiarkan terus sikap isteri yang suka mengamuk itu,
berusahalah
dan sentiasa mohon kepada Allah moga-moga diberikan kekuatan untuk
mendidik
isteri.