Thursday, November 30, 2006

Cara buat kad kawin

Ada dua cara nak buat kad kawin ni.
1.Pegi jer ke kedai printing dan mereka akan bagi dan buat semua kad, sampul dan print. Anda cuma pilih sahaja yang berkenan.

2.Bagi anda yang nak buat sendiri, beli sendiri kad, sampul dan print sendiri. (Kalau agak-agak kosnya lebih murah dari no 1)
Boleh guna software “Microsoft Publisher”, Adobe Illustrator, Word, Powerpoint.
Sierra Print Artist, Adobe Pagemaker, Micrografx Designer, CorelDraw Graphic suite

Sebaik2nya anda menggunakan Adobe Illustrator ataupon Adobe Pagemaker ataupon Quark Xpress ..Ini antara tiga software yang selalu printing guna untuk buat bizz card, wedding card, invitation card ...tiga software ini dah sediakan contoh2 templates2 yg anda kehendaki.Kalau guna “Microsoft Publisher”, ada template untuk “Invitation Card”.

Untuk letak gambar-gambar seperti masjid, stesyen minyak boleh cari di:-
http://office.microsoft.com/en-gb/clipart/default.aspx?lc=en-us
Kemudian, copy and paste sahaja kedalam kad anda.

Cara merogol baru

Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain- merogol perempuan. Ianya berlaku pada kalangan kawan kawan dia juga.Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kesian dgn budak nie... dia hampiri dan tanya budak nie

Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. kira berhati mulia,tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.

Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu..sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi. Hari berikutnya, begitu dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit - dalam keadaan telanjang.Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya.

Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini,jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan. Hantarlah kepada rakan-rakan wanita anda.. selamatkan mereka.Jangan biar naluri keperihatinan mereka dieksploitasi.

Wednesday, November 29, 2006

Mengurus Kewangan Keluarga

oleh :manstone 5

Sebenarnya tiada panduan atau formula yang terbaik untuk kita ikuti dalam menguruskan kewangan sendiri, cuma disiplin yang ketat untuk memastikan kejayaan.
Setiap individu mempunyai cara pengurusan yang tersendiri kerana apa yang mereka lakukan adalah dari didikan kedua ibubapa sejak dari kecil hinggalah kealam persekolahan, alam perkerjaan dan seterusnya.
Disini saya terangkan cara contoh-contoh bagaimana nak lepaskan dari beban kewangan bila dah capai umur 40 atau 45 tahun.

Bujang
Bila mana kita mula bekerja kita mestilah ada perancangan untuk 1, 5, 10 atau 20 tahun.
1. Beli Insuran yang difikirkan perlu dan mengikut kesesuaian masing-masing.
2. Ketepikan 1/10 atau 2/10 untuk simpanan dalam bentuk kecairan tunai atau pun pelaburan.
3. Kalau ada lebihan dari pendapatan bulanan mulalah cari aset dalam bentuk hartanah.
4. Kiranya ada lagi lebihan gunakan untuk berkongsi niaga dengan orang tua atau saudara mara yang mempunyai ternakan.

Bila dah berumahtangga
Perkongsian pintar, kerana bermula dari hari pertama kita berumahtangga kita berkongsi segala-galanya dengan pasangan kita.
1. Teruskan rancangan kewangan masa bujang agar kesinambungan.
2. Berbincang dengan pasangan dan buat penyusunan semula program kewangan anda.
3. Beli Insuran yang sesuai untuk pasangan kita mungkin ia tidak mempunyai lagi dan amat berguna dimasa kecemasan.
4. Gunakan wang dalam KWSP untuk membuat pelaburan unit trust bila dah layak. ( Berisiko rendah )

Suami + Isteri + Anak
1. Bila dapat anak buka akaun Tabung Haji dan BSN atas nama akaun bersama dan simpan setiap bulan RM 100 ( RM 50 ke setiap akaun ) atau set kan target RM 1000 untuk setiap anak setiap tahun. ( Simpanan dalam Tabung Haji dan BSN tidak dikenakan cukai pendapatan seperti simpanan yang lain. )
2. Beli Insuran pendidikan kerana dengan kita tak pasti dengan sistem pendidikan yang ada sekarang kadang kala mereka yang betul memerlukan wang untuk menyambung pelajaran kurang diberi perhatian dan kewujudan IPTS bak cendawan tumbuh lepas hujan. ( Insuran jenis ini dikecualikan dari cukai pendapatan )
3. Beli Insuran Hayat (Takaful) seawal kelahiran mereka dan bila mereka dah berumur 18 tahun boleh ditebus atau biarkan mereka saja yang meneruskan bayaran untuk seterusnya.
4. Kalau mampu beli Insuran kesihatan, kerana ada penyakit kritikal selalunya di hospital kerajaan amat lambat untuk mendapat rawatan. Tetapi Insuran ni jenis hangus apabila cukup setahun.
5. Pelaburan hartanah juga sama penting dengan simpanan tunai dan tiada nilai susut. Konsep satu anak satu rumah tu boleh tetapi bolehkah kita melaksanakannya. Terpulang pada individu.

Tips :
i) Bila anak dah habis belajar peringkat menengah dan ingin sambung belajar ke Universiti masa ni kita akan gunakan samada Insuran pendidikan, Tabung Haji atau BSN kiranya mereka tidak mendapat pinjaman ataupun biasiswa. Terpulang pada kita nak buat apa dengan duit itu kiranya mereka belajar hingga tahap menengah. Boleh juga digunakan untuk mereka apabila mereka nak mendirikan rumahtangga. ( Kenduri kendara )
ii) Setiap kali musim hariraya kanak-kanaklah yang paling gembira kerana dapat duit raya. Semaikan sifat jimat cermat semasa anak masih kecil. Simpan duit raya mereka dan tunjukan buku simpanan mereka kerana ia akan membakar semangat mereka untuk menabung dimasa akan datang.

Secebis petikan buku Rahsia Menuju Kekayaan nukilan Chef Li
1) Simpan 1/10 untuk dilupakan.
2) Simpan 1/10 untuk lunaskan hutang.
3) Simpan 1/10 untuk Zakat/Kenduri/Sedekah.
4) Gunakan 2/10 untuk sekeluarga.
5) Gunakan 1/10 untuk diri sendiri.
6) Berikan 1/10 untuk orang tua kita.
7) Laburkan 2/10 Untuk digandakan semula.
8) Laburkan 1/10 untuk perniagaan.
Macam mana dengan penerangan boleh ke tak, tepuk dada tanya selera. Apa yang saya berikan diatas beberapa bentuk simpanan paling simple. Pokok pangkal kita berusaha keras dengan dan mendisiplinkan diri, Insyallah kalau umur 40 atau 45 tahun tiada lagi bebanan. Itu tak termasuk duit pencen / KWSP ataupun Insuran

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??

Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar)









2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.

3. Cobalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

5. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.

Tuesday, November 28, 2006

Jana wang untuk tambah pendapatan isirumah

Jana Wang melalui bisnes prepaid style MLM
Gabungan diantara bisnes prepaid + internet = mlm, maka terhasillah:
-http://myshop2u.net/?id=atiqullah

Antara produk yang menarik:-

  • Airtime - Dapat double waktu berbual, contoh bayar RM10 dpt RM20 waktu berbual
  • SMS Kita - unlimited sms per month for Rm18 only
  • Reload prepaid - dapat point dan bonus untuk setiap reload yg dibeli oleh kita dan downline

Sunday, November 26, 2006

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. -. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...

Wednesday, November 22, 2006

Terimalah isteri anda seadanya

[Surah An-Nisaa 19]......bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

Kisah Sayyidina Umar
Datanglah seorang laki-laki ke rumah Khalifah ‘Umar ibn Al Khathab untuk mengadukan kelakuan isterinya. Beberapa saat lamanya ia menunggu di depan pintu rumah, kemudian ia mendengar suara isteri Amirul Mu’minin sedang menghamburkan kata-kata kasar kepada suaminya. Tetapi ‘Umar diam dan tidak menyahut.

Lelaki itupun berundur, melihat kepada dirinya dan berkata,"Khalifah saja diperlakukan seperti itu, apalagi aku". Tak lama kemudian Umar pun keluar. Laki-laki itu dipanggil dan ditanya "Apakah tujuan kedatanganmu?". "Ya amirul Mu’minin..", ucapnya sendu. "Aku datang untuk memberitahukan perihal isteriku. Ia sangat cerewet dan suka mengucapkan perkataan kasar kepadaku. Akan tetapi, aku telah mendengar sendiri, bahwa isteri anda sama dengan isteriku.

Lalu akupun berpikir, kalau isteri Amirul Mukminin begitu, apatah lagi isteriku..". "Adapun aku..", kata ’Umar,"Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu karena ia menunaikan kewajiban-kewajiban dengan baik. Dialah yang memasak makananku, dia yang membuatkan roti untukku, dia yang mencuci pakaianku, dia yang menyusui anak-anakku.., padahal itu bukan kewajiban sepenuhnya." "Dan dia juga yang menentramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diri dari perbuatan haram. Karena itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa saja yang dikatakannya mengenai diriku.."

Tuesday, November 21, 2006

RAHSIA TEH TARIK TERBONGKAR!

Soalan:-
Saya Ain, mempunyai kemusykilan mengenai rahsia buat teh tarik mamak yang pekat, pahit semacam tapi cukup membuatkan saya ketagih untuk menikmatinya setiap hari. Kalau boleh puan dapatkan rahsianya supaya saya tidak berkunjung kekedai mamak setiap hari.

Jawapan:-
Ain, masalah ini adalah masalah global - ketagih teh mamak - dan saya pasti, tiada seorang mamak pun akan berkongsi rahsia mereka… Namun saya 'bernasib baik' kerana suami saya juga mempunyai 'masalah' yg sama dengan Ain dan beliaulah yg memberikan 'resepi' ini, dari kedai mamak yg telah setia dilangganinya hampir 10 tahun!!

Pertama, rahsianya, mereka menggunakan campuran lebih 10 jenis daun teh (dlm kuantiti rahsia yg 'diperfectkan' sendiri oleh mereka). Mungkin ia kombinasi teh cap R, S, T, U, V, W, X, Y, Z… (mampukah kita menyediakan ini di rumah??)

Kedua, mereka hanya menggunakan susu pekat manis dan susu cair. Jika suka manis, lebihkan susu pekat manis. Susu cair akan memberikan "buih" bila teh itu ditarik. Ada juga yg mencampurkan sedikit krimer (dlm bentuk serbuk) utk memberikan rasa lemak.

Ketiga, minuman itu dikacau/dibancuh dengan sebatang sudu yg sengaja dicelupkan di dalam sebuah 'kole' berisi air garam! Sudu ini digunakan berulangkali sepanjang hari, dan titisan air garam yg terlekat pada sudu itulah yg memberikan rasa "ummph" atau "kaw" pada teh tersebut. Harap Ain akan berpuashati dan bolehlah "buka" warung teh tarik sendiri dirumah...

-Petua memikat perut suami dan menambat hati

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd
wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2
perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2
perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup
aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk
pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri
walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh,
saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya
bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau
akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka
hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga
amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan
dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu
bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup
aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat,
memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya
ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr
melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka
dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

Monday, November 20, 2006

PENGERTIAN KASIH SAYANG

Kasih sayang adalah salah satu kesempurnaan dalam tabiat manusia. Rasa kasih sayang membuat orang turut merasa sedih melihat penderitaan sesama makhluk dan berusaha menghapuskannya atau meringankannya. Dengan rasa kasih sayang orang turut sedih melihat kekeliruan orang lain dan mengharapkan orang yang berbuat keliru itu akan memperoleh petunjuk. Rasa kasih sayang itu memang salah satu kesempurnaan dalam tabiat manusia.

Tanpa rasa kasih sayang, manusia akan merosot kedudukannya setaraf dengan haiwan dan akan lenyaplah apa yang terbaik untuk dirinya, yakni perasaan yang hidup dan yang selalu mendenyutkan cinta kasih. bahkan haiwan sendiri masih ada mempunyai kasih sayang kepada keturunannya.

Kasih sayang dalam tingkatnya yang tertinggi dan keluasannya yang mutlak adalah salah satu sifat Allah Azza wa Jalla. Rahmat atau kasih sayang Allah meliputi seluruh alam wujud dan merata pada seluruh alam malakut.Rasa persaudaraan, keramahan, saling kasih sayang dan kebajikan yang kalian saksikan di muka bumi ini adalah percikan dari rahmat Allah SWT yang terdapat di dalam hati manusia.

ORANG YANG PALING LEMBUT HATINYA DAN PALING BESAR RASA KASIH SAYANGNYA IALAH YANG PALING BANYAK MENDAPAT PERCIKAN RAHMAT ILAHI. SEDANGKAN ORG2 YANG HATINYA MEMBATU DI KALANGAN KAUM YANG CONGKAK, BURUK PERANGAI DAN SOMBONG, MEREKA ITU AKAN DITEMPATKAN DILAPISAN TERBAWAH NERAKA.HADIS RASUL ALLAH MENEGASKAN" SESUNGGUHNYA MANUSIA PALING JAUH DR ALLAH SWT, IALAH MANUSIA BERHATI KEJAM" ( At Thabarani).