Monday, December 25, 2006

Suami Isteri: Tips Berdamai

Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya.Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai.Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahanlama.

1. Jangan merajuk Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yangmereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenistingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang danuntuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangansuka merajuk.Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuanmenyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagimasalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuktidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatanmerajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkanusaha untuk berdamai semula.Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri,semakin susah bila mereka hendak berdamai. Inidisebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukumoleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yangmenganggap dirinya dihukum tidak mempunyai doronganuntuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yangmenghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminyaakan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu,maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalahkeyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalahberdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila diamerajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinyasendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum olehisterinya sendiri.

2. Jangan menghukumPergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suamiisteri meninggalkan kesan buruk kepada hati danperasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu,masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lainkerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kataberbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabilamenghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarikdiri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakapdengan isteri, melainkan terpaksa.Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarikmuka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidakmahu melayan suami. Namun, hukuman tidakmungkinmenyelesaikan sebarang masalah.Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malahhukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakanhubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama adaia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkanproses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niatmahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdustaKalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai,dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, janganberdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jualmahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-purasudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Diamungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidakmahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untukmelupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salahKalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencarisalah orang. Di sini, mencari salah termasuklahperbuatan mencari kelemahan-kelemahan dankekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itusalah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter,menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencarisalah tidak mungkin membawa penyelesaian.Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduhsuami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalamhubungan perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatifDua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabilabergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan.Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakanbahasa negatif."Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu."(tuduhan)"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)"Ini salah awak juga." (tuduhan)"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kitatakkan selalu bergaduh." (tuduhan)"Abang tak guna langsung." (celaan)"Awak tak senonoh!" (celaan)"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga."(celaan)"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan)Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepadabahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangatbaik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialahbahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dansanjungan. Gunakan bahasa inidengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esokSetelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentanghari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang,melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kitasendiri pada masa lalu.Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkarayangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yangsudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yanghendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan"semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataanitu sangat berbahaya.Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu"dan "semalam".

7. Senyum semulaDi dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyakdisebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri merekaialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi,senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah carayang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamaiBiasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutanbeberapa lama kerana masing-masing tidak mahumemulakan proses berdamai. Walaupun masing-masingmungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takutrisiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalauorang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kitamahukan perdamaian, ambil langkahpertama untukberdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mestimemulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kitamahuberdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan.Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana diamemang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kitatelah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasabersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalahMasalah ialah punca konflik yang utama. Selagi puncamasalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dandiatasi, selagi itu konflik yang sama akanberulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh,perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkinmenjadi punca konflik.Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu siisteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflikdemi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepatpunca masalah itu. Tujuannya bukanlah untukmengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapiuntuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masadepan.Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakanperkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepadaperbuatanorang itu. Gunakan perkataan-perkataan yangmenerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukansehingga tercetusnyakonflik. (Lihat contoh dibawah (x) = salah, (/) = betul)
a. "Awak tak bertanggungjawab." (x)"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yangcukup tiap-tiap bulan." (/)

b. "Awak degil." (x)"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak bantah." (/)

c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian,jadi saya tak berasa diri saya diabaikan." (x)

10. Kenal pasti perubahanTerangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahanyang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanyaberpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui,maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-lakuitu.Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannyamengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara amdan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yangmempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannyatidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satuyang mesti diubahnya.Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataanitu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yangmana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi,sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pastiperbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubahtingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

a. "Jangan biadab pada saya." (x)"Jangan menengking saya." (/)

b. "Jangan suka tunjuk gaya." (x)"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)

c. "Jangan pemalas." (x)"Jangan selalu tidur siang." (/)

d. "Layan saya dengan betul." (x)"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)

e. "Jangan syirik." (x)"Jangan bomohkan saya." (/)

Sunday, December 17, 2006

Contoh isteri yang tidak baik dan yang baik

Isteri yang Tidak Baik
At-Tahrim [10]Allah mengemukakan satu perbandingan bagi orang kafir iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba kami yang salih; dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka suami mereka tidak dapat membela mereka dari (azab) Allah, dan dikatakan kepada keduanya: Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama orang yang masuk (ke situ).

Isteri yang Baik - Mashitah
[11]Dan Allah mengemukakan satu perbandingan kepada orang mukmin iaitu: isteri Firaun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.

Tuesday, December 12, 2006

Lelaki mana pulak yang hendak berkahwin dengan Mak Janda, Ibu Tunggal, Andartu dan Wanita Tua?

Suatu perkembangan yang menarik pada dewasa kini ialah ramai bilangan lelaki yang berumur yakni umur 40 tahun keatas yang berkahwin dengan wanita muda. Anggaplah umur wanita muda antara lingkungan umur 20 hingga 30 tahun .Walau pun dari segi syarak wanita Islam dibenarkan berkahwin setelah akil baligh yakni dalam lingkungan umur 9 tahun.

Tujuan perkahwinan ialah untuk mengikat pasangan lelaki dan wanita bercampur secara yang dibenarkan oleh syarak. Sebab itu ikatan perkahwinan dianggap sebagai suci dalam Islam dan dikira sebagai ibadah. Jika kena pada niat dan perlaksanaannya.

Tiada sekatan bagi umur dalam agama Islam untuk berkahwin. Setelah umur akil baligh atau pun pada umur yang lebih dewasa atau pun telah lanjut usia. Cuma kanak2 sahaja yang dilarang berkahwin kerana belum akil baligh lagi! Janji ada cita2 untuk hidup bersama dan tidak menzalimi pasangan masing2 serta mampu untuk memenuhi tuntutan nafkah zahir dan batin.

Banyak sebab antara individu tersebut berkahwin. Antaranya kerana kecantikan rupa, kekayaan harta dan pangkat serta susur galur berasal dari keturunan yang mulia lebih2 lagi dari keturunan raja. Soal pokoknya kesemuanya berkisar pada harta benda yang dikira dapat menjamin kehidupan masa hadapan yang lebih terjamin berbanding dari zaman bujangnya.

Tidak ramai yang berkahwin kerana agamanya. Lebih2 lagi jika pasangannya tak kiralah lelaki atau wanita tidak mempunyai harta, hidung tak mancung, pipi tersorong2, berkulit gelap dan lain2 ciri yang tidak dapat memenuhi keiginanan pasangannya untuk berkahwin.
Kalau ditanya pada kedua2 pasangan tersebut apa yang menarik perhatian nya sehingga sanggup mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing-masing? Ada yang menjawabnya tertarik pada sekian2, jatuh hati pada sekian2, perwatakan yang lemah lembut sekian2 malah ada yang menjawab biarlah menjadi rahsia pada diri masing2.
Alangkah baiknya jika dapat berterus terang bahawa suka pada mukanya yang mancho, kumisnya yang tebal atau pipinya yang gebu atau dagunya mirip ala John Travolta! Bab akhlak atau peribadi atau agama seperti kata orang utara ialah , belakang kira !

Soal berpakaian menutup aurat atau tidak, bersolat 5 waktu sehari semalam atau tidak, Sudah khatam Al-Quran atau tidak, Cukup berpuasa sebulan Ramadhan atau tidak, kerap bersolat tahajud dan melakukan Qiamulail atau tidak , mampu menjadi imam dalam solat bersama isteri dan keluarga atau tidak serta lain2 lagi yang dapat menjadikan insan menuju rasa kehambaan pada Tuhan jarang diambil kira dalam memilih pasangan masing2!

Yang penting hati suka sama suka! Bab keperluan ilmu fardu ain dalam agama, ilmu ketuhanan, ilmu mengenal diri, ilmu kemasyarakatan serta lain2 ilmu yang termasuk dalam agama samada fardhu ain atau kifayah tidak termaktub langsung dalam benak kepala otak pasangan masing2.

Persoalan utama ialah dapat hidup bersama, menanti hari bahagia dan tempat mana hendak pergi berbulan madu. Mungkin lagu Fantasia Bulan Madu nyanyian Amy dari kumpulan Search sering dinyanyikan bila semakin hampir pada hari pertunangan lebih2 lagi pada semakin dekat hari perkahwinan.

Mudah-mudahan dengan berlangsungnya perkahwinan tersebut, kedua-dua mempelai tersebut akan dapat hidup bahagia , aman dan damai sehingga keanak cucu! Pada hal pasangan lelaki yang sudah berumur mungkin menunggu beberapa tahun sahaja lagi untuk menimbang cucu. Sebab anak dengan isteri yang terdahulu sudah pun berumur panjang dan menunggu masa yang sesuai untuk mengikuti jejak langkah ayahnya yang bakal berkahwin!

Tetapi pada pasangan wanitanya lambat lagi untuk merasai kehidupan bercucu kecuali jika dapat menerima cucu tiri! Tak kisah la, janji dapat menimang cucu walau pun jika ditakdirkan berumur pada umur 35 tahun!

Persoalan yang ingin ditimbulkan disini ialah jika ramai lelaki yang berumur memilih wanita muda sebagai isteri, kemana pula hendak diletakkan jodoh pada wanita yang lebih dewasa terutama pada andartu, mak janda atau ibu tunggal?

Mereka pun ada naluri dan perasaan. Ingin menyayangi dan disayangi. Ingin mengasihi dan dikasihi. Walau sehebat mana pun seseorang wanita dididik dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan, nalurinya untuk berkahwin tetap ada sebab sudah menjadi sunnahtullah seseorang wanita itu ingin bersuami. Takkan selama2nya hendak berdikari menjadi ayah dan ibu serentak dalam keluarga seperti mak janda atau ibu tunggal? Kecualilah pada hamba2 Allah yang benar2 beriman dan bertaqwa seperti Rabiatul Adawiyah yang memilih membujang sehingga umur tua.

Bagimana pula jalan keluar wanita tersebut? Ingin mengadu pada pehak2 Berkuasa agama? Alamat kena herdik dan maki hamun dengan isteri pegawai tersebut. Nak mengadu pada pehak kerajaan. Nanti apa pula kata mereka? Boss kami , Pak Lah pun sanggup memduda sehingga ke tua selepas kematian isterinya. Sekarang ni tiada tanda2 beliau ingin berkahwin. Asyik dengan RMK9 nya. Takkanlah awak tak boleh berbuat demikan?

Jadi jalan keluarnya terpaksa kembali kepada Tuhan. Tingkatkan rasa ketuhanan yakni Tuhan adalah segala2nya dan rasa kehambaan yang sering bermuhasabah diri. InsyaAllah Tuhan akan tunjuk jalan keluar yang tidak disangka2kan oleh nya. Sebab janji Allah akan memberi bantuan dan pertolongan pada hamba2Nya yang bertaqwa.

Yang penting ialah bersikap redha dan tawakal terhadap apa yang berlaku. Pulangkan segala2nya pada Allah. InsyaAllah nescaya Allah akan menunjukkan jalan keluar. Semoga berjumpa juga dengan jodoh mereka, terutama kalau dapat bertemu jodoh dengan orang2 Tuhan.

Sebab pada orang2 Tuhan ini segala2nya dipulangkan kembali pada Tuhan. Sebab itu jodoh mereka dapat kekal lama . Tidak macam orang2 yang mengutamakan keduniaan. Perkahwinan ada kalanya sekejap sahaja sebab tidak membawa Tuhan bersama.

Samada mereka penghibur atau berkahwin semata2 untuk hiburan. Jika tidak disertakan dengan rasa ketuhanan, jangan dikesalkan jika berlaku jodoh pertemuan yang singkat hanya sekadar memenuhi tuntutan bialogi walau pun persiapan menyambut perkahwinan tersebut memakan belanja yang banyak sehingga jutaan ringgit.

Yang penting wang bukan penyelesaian segala2nya. Pada jalan Allah jua jalan Penyelesaian yang Terbaik yang mampu menyelamatkan kita bukan setakat didunia malahan di hari akhirat nanti.

Monday, December 11, 2006

Teknik melambatkan ejakulasi

Alternatif pertama- mengguna ubatan tertentu...(atas nasihat doktor)Alternatif kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi seperti cara-cara berikut.

1. Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah gerakan turun-naik secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.

2. Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai masanya air mani dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan serius sewaktu pejabat. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar,dan apabila ini berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang balik zakar.

3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air-mani akan melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras. Perlu diketahui bahawa mani itu mudah keluar kalau keadaan zakar adalah tidak cukup keras. dgn menahan nafas...menyebabkan tekanan dlm rongga abdomen dan toraks menjadi tinggi dan ini menghalang pancutan air mani.

Alternatif ketiga adalah dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh. Dengan demikian rasa pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu merangsang. Walaubagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik dari pihak suami mahupun isteri.

Alternatif keempat ialah melakukan latihan-latihan guna menguatkan dan mengetatkan otot-otot pada dubur dan pada otot-otot yang membentang dari dubur sampai ke scrotum lelaki.(senaman Kegel)

Alternatif kelima pula merupakan mengambil posisi duduk atau posisi lelaki di bawah dan dan perempuan di atas. Kedua teknik di atas memungkin tekanan pada kelentit yang merupakan pusat rangsangan yang dapat dikemudikan oleh pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita mencapai orgasme.
(dipetik dari artikel oleh Dr. Ismail Tambi)

Thursday, December 07, 2006

Rahmat menjadi wanita Islam

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita……

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Wednesday, December 06, 2006

Petua kasih sayang suami dan isteri

PETUA MENGASIHI SUAMI
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yangmenarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Janganlupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila diamahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil beratmengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami andabermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda.Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain.Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masaanda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda.Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami andamembantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk danmendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suamianda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandibersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanyakaulah satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun andahendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akanmerasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutamasekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlupun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda andabenar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah iadengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyakperceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang fahamdengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan danbanyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa maluuntuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seoranglelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akanmembuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan diabersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidakdihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinankasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untukmerawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suamianda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan andapula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudahberkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya inginsenang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapatdi baca apabila umurnya 40 an.
17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya.Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuahkeluarga.
18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda denganbaik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepadaisteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidakmelakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya ygpaling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.
PETUA MENGASIHI ISTERI.....
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahusesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isterimencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombortelefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamatsampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba inginmenukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi,jam atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagihubungan kasih sayang dengan isteri.

Tuesday, December 05, 2006

Tips mengelak dari dirogol

Tips: Untuk perempuan, gadis dan wanita sahaja:

Jangan keluar berseorangan di tempat sunyi, bawa teman wanita atau atau
adik atau kakak atau atau emak...(teman lelaki atau abang atau ayah atau
saudara lelaki kenalah jaga2 sikit kalau nak suruh teman.).

Bawalah alat yg buleh mencederakan penyerang seperti pen, pisau lipat
kecil, gunting kecil, pin baju, skru driver, pembaris besi kecil, buku
lima, penyembur cili, mata pisau cukur dan benda2 kecil yg keras dan
tajam.

Gunakan alat berkenaan semasa anda diserang dan yg paling penting jangan
merasa tertekan dan takut. Alat berkenaan hendaklah di tujukan pada
tempat yg buleh mencederakan penyerang iaitu :
1. Mata;
2. Kerongkong (dileher);
3. Perut;
4. Lubang telinga;(masukkan benda tajam ke dalam lubang telinga dan
tusukkan secara keras).
5. Di bawah dagu;
6. Sebelah atas bahu;
7. Lengan tangan;
8. Dada (dibahagian puting);
9. Tepi pinggang;
10. Tapak tangan;
11. Peha;
12. Alat Sulit lelaki;
13. Belakang leher;
14. Lubang hidung (masukkan benda tajam ke dalam lubang hidung dan
tusukkan secara keras).

Tips kecemasan:
*Jangan lupa bawa hanphone.
*Jangan pakai seksi hingga mudah untuk dibuka. Seperti skirt,
kain sarong.
*Jika anda tidak membawa alat tersebut, gunakan cara ini untuk
menyelamatkan anda...iaitu:

Ketika anda sedang dikepung, atau di pegang oleh penyerang, anda dengan
sukarela hendaklah berkata, " tolong lepaskan saya, saya akan menurut
apa saja yg awak mahukan". Selepas anda di lepaskan atau di berikan
kelegaan untuk bernafas, anda hendaklah berkata dengan rela hati,"Saya
akan bagi '$#%@#$* (merujuk kepada sebutan terhadap alat sulit anda sendiri) saya,
tapi awak kenalah...buka seluar dulu...untuk saya tengok...(lelaki akan sentiasa dengan rela hati kalau disuruh berbuat demikian). Apabila lelaki tersebut m embukanya hingga separas kepala lutut ke bawah, anda hendaklah dengan sepenuh tenaga memecut kaki anda hingga penyerang
tersebut hilang dari pandangan

Monday, December 04, 2006

Selamat dari dirogol

Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar. Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.

Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.

Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim." Saudari ni rasa amat terkejut dan terkesima bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalula h amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Pentingnya Menghargai Isterimu


Bawakan isterimu perhiasan agar ia senang. Bila isterimu marah, bawakan sesuatu yang ia sukai. Kalian harus tahu, bahwa kalian tidak boleh melukai isterimu!. Buatlah mereka selalu senang denganmu, jika tidak, bila kalian pulang kerumah, maka mereka akan pergi.

Kalian mengerti!. Jagalah agar mereka selalu senang pada kalian, maka mereka akan mebalasnya dengan kebahagiaan juga.

Wanita sebenarnya diuntungkan, baik di kehidupan di dunia maupun di kehidupan selanjutnya. Mengapa??. Kerana mereka tidak akan diberi pertanyaan. Di Hari Perhitungan, semua wanita yang bersuami akan datang bersama suaminya.

Bila suaminya masuk syurga maka mereka akan ikut dan tidak ada pertanyaan untuknya. Tetapi si suami akan diberikan berbagai macam pertanyaan. Apakah kalian mengerti!!.

Dengan menunjukkan passport di pintu surga, isterimu juga akan ikut bersamamu. Allah swt akan bertanya, " Apakah ini isterimu", maka kalian akan berkata "Ya, ini isteriku". "Apakah engkau puas dengannya?".

Jika kalian menjawab," Ya, aku puas dengannya " , maka Allah swt akan berkata," Bawa dia dan masuklah ke surga". Tetapi jika kalian berkata, bahwa aku tidak puas dengannya karena ia terlalu banyak bicara dan sebagainya, maka Allah akan berkata," Berhenti!. "Mengapa engkau tidak puas dengan isterimu?". Karena isterimu adalah menjadi penghalangmu dengan neraka. Jika isterimu tidak bersamamu maka kalianpun sudah masuk neraka. Oleh sebab itu para isteri lebih berharga dari dirimu.

Jika para isteri kalian tidak berlaku sebagai penghalang, maka kalian semua sudah masuk neraka. Tak ada yang akan mengeluarkan kalian dari neraka kecuali isteri kalian, karena mereka adalah perlindungan kalian. Jika kalian pergi kerja , ambilah tangannya dan ciumlah, lakukan hal yang sama di malam harinya. Kalian harus memperlakukan isteri kalian dengan sangat lembut. Ini adalah kebenaran!!. Untuk itu pula kalian harus menjaga hak-haknya. Apalagi karena kalian sering kali bertindak kasar terhadap mereka, atau membatasi hak mereka, padahal setiap orang harus memperoleh hak-haknya.

Allah swt akan bertanya," Mengapa kalian tidak puas dengan isteri kalian?.Isterimu adalah penghalang antara dirimu dengan neraka. Bukankah dia yang memelihara rumahmu, memasak untukmu, mencuci dan merawat anakmu," Allah berkata. Sebenarnya menurut syariah tidak ada kewajiban bagi perempuan untuk melakukan apapun, suamilah yang harus melakukannya, mencuci pakaian,merawat anak dan membersihkan rumah.

Dalam syariah Allah swt bahkan tidak memerintahkan seorang ibu untuk menyusui bayinya. Tugas ini merupakan kewajiban suami untuk membayarnya,dan tugas suami yang harus menjaganya.

Apakah kalian para suami telah memberikan penghargaan terhadap isterimu?.Untuk setiap anak yang telah ia lahirkan, maka kalian harus memberikan penghargaan kepadanya, misalkan seuntai kalung emas.

Ketika isterimu menyusui bayimu, maka kalian harus membayarnya dan bukan malah berkata , sudah kewajiban kamu harus melakukannya. Jangan memerintahkan mereka untuk bekerja diluar rumah!. Tuhan memberikan peranan bagi isteri hanya sebagai penghalang antara kalian para suami dengan yang haram, itulah tugasnya isteri.

Selain itu semua pekerjaan menjadi tanggung jawab suami. Tetapi saat ini para isteri kalian melakukan semua pekerjaan rumah tangga, menyusui anak kalian dan mereka melakukan semua pekerjaan itu secara suka rela karena rasa penghargaannya terhadap kalian para suami.

Apakah kalian pernah membersihkan rumah dan menjaga anak-anak kalian?!

Sunday, December 03, 2006

SEMALU PUN TAHU MALU

....Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. tetibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama : pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua : semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga : semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali : semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.